Sunday 22 February 2015

Ayat 31, surah An-Nur

ayat 31 surah An-Nur.


Bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Saturday 21 February 2015

Langkah langkah yang perlu diambil apabila berlaku kemalangan


Semestinya sebagai pengguna jalanraya kita semua tidak mahu terlibat dalam sesuatu kemalangan, namun malang tidak berbau. Apa yang sepatutnya kita lakukan jikalau terlibat didalam satu nahas kemalangan?

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil ketika terlibat dalam sesuatu kemalangan :

1. Periksa keadaan diri sendiri dan penumpang

Selepas kemalangan, kebanyakan mangsa mesti berada dalam keadaan terkejut dan memang sukar untuk berfikir secara rasional. Jadi tenangkan diri dahulu dan pastikan diri sendiri atau penumpang tidak mengalami kecederaan. Jika ada kecederaan serius hubungilah ambulans dan dapatkan rawatan segera. Pastikan mendapat salinan laporan perubatan untuk kegunaan tuntutan nanti.

2. Periksa keadaan kenderaan dan sekeliling

Jikalau ada kamera, ambil gambar sebarang kerosakan yang dialami, gambar kenderaan lain yang terlibat, gambar keadaan jalan dan sekeliling. Ambil nota seperti waktu kemalangan, keadaan trafik, keadaan cuaca, keadaan jalan dan sebagainya, supaya boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kejadian tersebut. Jikalau kenderaan masih boleh dipandu, pindahkan kereta ke tempat yang tidak mengganggu haluan trafik. Jikalau tidak boleh dipandu, tunggu hingga towtruck datang.

3. Dapatkan maklumat dari pemandu lain

Pastikan anda mendapat nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu, alamat terkini dan juga nombor telefon semua pemandu yang terlibat. Jikalau ada maklumat insurans lebih bagus. Jikalau kenderaan lain itu adalah kenderaan komersial dapatkan butiran syarikat sekali. Jangan bertindak melulu dan pastikan diri tenang pada setiap masa. Tindakan memarahi atau memaki hanya akan menyukarkan keadaan dan tidak membantu sesiapa. Jika kerosakan adalah kecil boleh berbincang untuk menyelesaikan masalah tanpa perlu melibatkan pihak polis atau insurans.

4. Hubungi pihak insurans kereta anda

Jikalau kereta dalam keadaan yang teruk dan tidak boleh dipandu, hubungi pihak insurans untuk mendapat bantuan. Selalunya pihak insurans menyediakan khidmat bantuan kemalangan. Kadangkala ada pihak tertentu akan datang pada anda dan meminta anda menandatangani sebuah borang supaya mereka boleh menarik kereta anda ke bengkel terdekat. JANGAN tandatangan apa-apa borang atau setuju untuk kereta anda ditarik. Tunggu bantuan daripada pihak insurans anda sahaja. Jikalau tidak, kemungkinan anda tidak dapat dilindungi oleh insurans kereta anda. Pastikan anda mendapat nombor telefon towtruck dan juga nombor telefon bengkel berkenaan.

5. Buat laporan polis di balai polis terdekat

Selepas pihak insurans kereta telah menguruskan kereta anda, bolehlah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Membuat laporan polis adalah WAJIB jika hendak membuat sebarang tuntutan kelak. Semua pihak terlibat hendaklah membuat laporan polis dalam masa 24 jam dari masa kemalangan. Jikalau mengalami kecederaan serius dan tidak dapat membuat laporan dalam masa 24 jam, orang lain boleh membuat laporan bagi pihak anda.

6. Membuat tuntutan dari pihak insurans sendiri

Setelah selesai semua langkah di atas bolehlah buat tuntutan dari pihak insurans. Hubungi pihak insurans dan berikan salinan laporan polis. Selalunya pihak bengkel akan membantu membuat tuntutan kerana mereka telah biasa buat. Pastikan anda mendapat semua salinan resit kos pembaikian dan dokumen lain yang berkenaan untuk rekod anda. Dari segi kecederaan pula, jika anda mempunyai insurans kesihatan/perubatan, bolehlah menghubungi ejen insurans anda untuk membantu anda membuat tuntutan. Salinan laporan perubatan dan salinan laporan polis adalah amat penting dalam proses tuntutan jadi pastikan anda membuat salinan lebihan.

7. Membuat tuntutan dari pihak yang melanggar

Jika anda rasa bahawa sebab tunggal kemalangan tersebut terjadi adalah dari kecuaian pihak yang lain, anda boleh membuat tuntutan terhadap mereka. Jika ada maklumat seperti dalam perenggan 3, bolehlah hubungi pihak insurans mereka atau jika mereka adalah syarikat bolehlah hubungi pihak syarikat. Hantarkan surat untuk menuntut pampasan. Kebiasaannya mereka akan menolak tuntutan tersebut dan anda hendaklah menggunakan khidmat peguam untuk membuat tuntutan pampasan tersebut. Anda boleh menuntut gantirugi terhadap kerosakan kepada kereta, kecederaan pada diri dan penumpang, dan juga sebarang kerosakan atau kehilangan barangan peribadi ketika kemalangan tersebut dan sebagainya. Anda boleh membuat tuntutan sedemikian walaupun anda telah mendapat lindungan daripada pihak insurans sendiri. Membuat tuntutan pampasan menggunakan peguam melibatkan kos tetapi kebanyakan peguam akan mengenakan bayaran awal yang rendah dan menetapkan yuran akhir berdasarkan peratusan dari jumlah yang dituntut.

Inilah 7 langkah atau nasihat yang perlu anda ketahui jika terlibat dalam kemalangan dan saya pasti ia boleh memanfaatkan diri anda kelak.

Friday 20 February 2015

Golongan munafik & jahil.

SABAN hari, sekeliling kita pastinya dikelilingi bermacam ragam dan sifat manusia. Ada yang mengemudi kehidupannya dengan menjalani hidup sebagai Muslim sejati, ada pula yang biasa-biasa, bahkan ada juga yang berpura-pura tidak tahu (jahil) akan perintah yang ditetapkan ALLAH SWT dan ada yang tidak patuh langsung sehingga hidupnya seperti orang bukan Islam. Pura-pura jahil? Ramai yang tahu pengertian jahil tetapi tidak memahaminya. Minggu ini kita mengupas mengenai sikap segelintir umat Islam hari ini yang berpura-pura jahil tetapi sebenarnya tahu wajibnya sesuatu perkara itu. Beza jahil, munafik Pendakwah, Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil menjelaskan, jahil atau jahala daripada sudut istilah adalah orang yang tidak tahu mengenai agama. Secara umumnya, jahil adalah orang yang tidak tahu. Contohnya Abu Jahal adalah orang yang jahil. Dia tidak tahu perihal agama. Walaupun sampai dakwah Islam kepadanya tetapi dia tetap menolak. Sungguh pun dia tahu hakikat kebenaran tersebut, tetapi tidak mempunyai usaha untuk memahami agama Islam. Bahkan menolak serta memerangi ajaran Islam daripada terus disebarkan. "Abu Jahal adalah bapa kepada semua orang jahil. Kekadang dia mahu menerima kebenaran tetapi dia menafikan kebenaran itu kerana memikirkan Islam itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada dirinya dan tidak membawa makna pun dalam hidupnya. "Orang jahil tidak semestinya tidak beriman dan tidak boleh dikategorikan sebagai orang munafik. Kita kena faham istilah munafik dengan jelas. Munafik itu adalah orang menzahirkan keimanan tetapi dalam masa yang sama menyembunyikan kekufuran. Kita kena melihat kepada situasi kejahilan seseorang itu dalam bab apa. Macam Abu Jahal memang kita tahu yang dia jahil dan tidak beriman," katanya. Menurut Ustaz Amiro, munafik dan jahil tidak boleh disamakan dan ia berbeza. Golongan munafik tahu akan kebenaran Islam, tahu Nabi Muhammad SAW itu pesuruh ALLAH, sahabat dan orang yang beriman itu dikasihi ALLAH tetapi jauh dari sudut hatinya dia menafikan. Maksudnya jelas menunjukkan kepura-puraan. Tiga tanda munafik, iaitu pertama apabila berjanji dia mungkir (perlu dilihat kepada situasi); jika diberikan amanah, dia khianati amanah tersebut dan ketiga, apabila bercakap dia dusta. Ternyata, jahil dan munafik itu berbeza. INDIVIDU yang berpura-pura jahil diklasifikasikan sebagai orang yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu dan menidakkan apa yang dia tahu. Antara contoh yang paling dekat dengan kita apabila seseorang itu tahu wajibnya menutup aurat secara sempurna dan membuka aurat itu haram tetapi dalam masa yang sama dia berasakan jika dia tidak menutup aurat tidak ada apa-apa impak pun. Padanya dia tidak memaksa orang untuk berbuat sepertinya. Selagi mana dia tidak menyuruh orang menjadi sepertinya. Pendek kata, apa yang mudah untuk dilakukan dia buat, yang susah dan sedikit sulit sehingga rimas ditinggalkan. Satu lagi contoh, orang kaya yang berfikir banyak kali untuk mengeluarkan zakat. Dia tahu zakat itu wajib tetapi memikirkan dia telah membayar sebelum ini padanya sudah cukup. Banyak lagi perkara lain yang segelintir umat Islam berasakan ia boleh dipermainkan. KISAH ABU JAHAL Ustaz Amiro berkata, kisah Abu Jahal boleh dijadikan teladan untuk lebih memahami mengenai perbincangan ini. Pada zaman Baginda SAW, antara kekuatan yang ada pada Abu Jahal adalah dia dikenali ramai, mempunyai pengaruh yang kuat dan kaya-raya. Abu Jahal sering kali mempegaruhi masyarakat Quraish dengan mengatakan mencerca dan hina Nabi SAW. Apabila Nabi SAW berdakwah mengajak umat manusia menyembah ALLAH dengan meninggalkan penyembahan patung berhala dan kemungkaran. "Abu Jahal pula sibuk mengatakan apa yang didakwah Baginda SAW tidak betul dan salah sama sekali. Abu Jahal mengatakan mana mungkin anak yatim piatu dan buta haruf mampu mengajak manusia kepada kebaikan, hanya harta dan kemewahan memberikan kebahagian atas muka bumi ini. "Individu sebeginilah merosakkan kerja dakwah Rasulullah SAW. Sikap jahil dan keengganan untuk menerima dakwah. Sesungguhnya mereka mahu kekal berada dalam zon yang selesa di dunia," kata anak kelahiran Kelantan ini lagi. Menurutnya, individu yang bersikap pura-pura jahil perlu berubah untuk mendapat keberkatan dalam hidup. Benar! ALLAH memudahkan urusan dan memberikan keringanan dalam apa jua perkara yang dilakukan tetapi perlu melihat bagaimana cara-Nya memberikan kemudahan itu. Berdoalah semoga ALLAH tidak memberikan kita istidraj. Ramai beranggapan Abu Jahal adalah bapa saudara Nabi SAW, sebaliknya kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Abu Jahal adalah individu akrab dan paling dipercayai Abu Lahab. Abu Lahab adalah bapa saudara Baginda SAW. Hayati firman ALLAH yang bermaksud: "Sungguh, engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi ALLAH memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." (Surah Al-Qashash: 56) Adilnya ALLAH Sungguh beruntung kita yang lahir dalam Islam. Islam adalah petunjuk (hidayah) dalam mengemudi kehidupan. Namun, ramai yang tidak memahami pengertian hidayah sehingga apabila ditanya kenapa tidak melakukan apa yang ALLAH suruh? Senang jawapannya "kerana tidak mendapat petunjuk". "Adakah itu jawapan yang sesuai? ALLAH memberikan hidayah kepada setiap umatnya. Ia perlu dicari dan bukannya ditunggu. "Malangnya ada individu yang berasa bangga dengan mengungkapkan kata-kata sedemikian. Mungkin dia kurang faham mengenai pengertian hidayah. "ALLAH memberikan hidayah dan dalam masa yang sama turut memberikan taufik (pembimbing) kepada hamba-Nya. Lihat situasi ini, seseorang itu tidak memakai tudung, lalu ALLAH menghadirkan sahabat kepadanya. Sahabat itu adalah taufik untuk membimbingnya ke arah kebaikan. Jika dia masih bersikap tidak mahu menerima nasihat, maka kehidupannya tidak akan menuju jalan yang diredai ALLAH," kata Ustaz Amiro. Menurutnya, begitu juga dengan bab rukun Islam yang kedua iaitu mendirikan solat. Keberkatan hidup bergantung kepada solat. Solat perlulah ditunaikan pada awal waktu dan bukannya 'dijamak suri' (menggabungkan waktu Zuhur dan Asar). Jika mempunyai sebarang keuzuran atau urusan yang tidak mampu dielakkan dibolehkan. Benar! dalam 'jamak suri' dilihat kita menunaikan solat Asar pada awal waktu dan bersolat Zuhur pada akhir waktu, adakah itu cantik? Wahai umat Islam sekalian, tepuklah dada tanyalah iman . Kita menjadikan bersolat pada akhir waktu itu sudah menjadi satu kelaziman sedangkan ia memberi impak negatif dalam diri dan jemaah lain. LUNASKAN HUTANG Ustaz Amiro menambah, kesan apabila kita bersolat pada akhir waktu adalah kita sendiri yang menjarakkan hubungan dengan jemaah yang lain. Bahkan impak yang paling buruk adalah pandangan orang bukan Islam terhadap indahnya Islam mula terhakis sedikit demi sedikit. "Sebolehnya peliharalah solat kerana solatlah perkara utama yang dihisab pada hari pengadilan kelak. "Sifirnya mudah saja, anggap solat itu sebagai hutang dan selagi hutang tersebut tidak ditunaikan secepat mungkin, hidup tidak akan berasa tenang. "Jika kita boleh menyelesaikan hutang sesama manusia mana mungkin kita tidak mampu melunaskan hutang kepada ALLAH, sedangkan hutang itu tidak menuntut apa-apa bayaran pun," katanya yang bertugas di Kumpulan Media Karangkraf. Menurutnya lagi, usahlah berpura-pura jahil dengan hanya melakukan sesuatu yang senang dan mudah sahaja. Pastinya individu yang berbuat demikian tahu peri pentingnya ibadat yang disuruh-Nya. ALLAH itu Maha Adil kerana Dia memberikan ruang dan peluang kepada kita untuk berubah. Jangan pula, apabila nyawa sudah di hujung tanduk baru nak tengadah berbuat amal.

Ambil yang mudah tinggalkan yang sulit

SABAN hari, sekeliling kita pastinya dikelilingi bermacam ragam dan sifat manusia. Ada yang mengemudi kehidupannya dengan menjalani hidup sebagai Muslim sejati, ada pula yang biasa-biasa, bahkan ada juga yang berpura-pura tidak tahu (jahil) akan perintah yang ditetapkan ALLAH SWT dan ada yang tidak patuh langsung sehingga hidupnya seperti orang bukan Islam. Pura-pura jahil? Ramai yang tahu pengertian jahil tetapi tidak memahaminya. Minggu ini Rehal mengupas mengenai sikap segelintir umat Islam hari ini yang berpura-pura jahil tetapi sebenarnya tahu wajibnya sesuatu perkara itu. Beza jahil, munafik Pendakwah, Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil menjelaskan, jahil atau jahala daripada sudut istilah adalah orang yang tidak tahu mengenai agama. Secara umumnya, jahil adalah orang yang tidak tahu. Contohnya Abu Jahal adalah orang yang jahil. Dia tidak tahu perihal agama. Walaupun sampai dakwah Islam kepadanya tetapi dia tetap menolak. Sungguh pun dia tahu hakikat kebenaran tersebut, tetapi tidak mempunyai usaha untuk memahami agama Islam. Bahkan menolak serta memerangi ajaran Islam daripada terus disebarkan. "Abu Jahal adalah bapa kepada semua orang jahil. Kekadang dia mahu menerima kebenaran tetapi dia menafikan kebenaran itu kerana memikirkan Islam itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada dirinya dan tidak membawa makna pun dalam hidupnya. "Orang jahil tidak semestinya tidak beriman dan tidak boleh dikategorikan sebagai orang munafik. Kita kena faham istilah munafik dengan jelas. Munafik itu adalah orang menzahirkan keimanan tetapi dalam masa yang sama menyembunyikan kekufuran. Kita kena melihat kepada situasi kejahilan seseorang itu dalam bab apa. Macam Abu Jahal memang kita tahu yang dia jahil dan tidak beriman," katanya. Menurut Ustaz Amiro, munafik dan jahil tidak boleh disamakan dan ia berbeza. Golongan munafik tahu akan kebenaran Islam, tahu Nabi Muhammad SAW itu pesuruh ALLAH, sahabat dan orang yang beriman itu dikasihi ALLAH tetapi jauh dari sudut hatinya dia menafikan. Maksudnya jelas menunjukkan kepura-puraan. Tiga tanda munafik, iaitu pertama apabila berjanji dia mungkir (perlu dilihat kepada situasi); jika diberikan amanah, dia khianati amanah tersebut dan ketiga, apabila bercakap dia dusta. Ternyata, jahil dan munafik itu berbeza. INDIVIDU yang berpura-pura jahil diklasifikasikan sebagai orang yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu dan menidakkan apa yang dia tahu. Antara contoh yang paling dekat dengan kita apabila seseorang itu tahu wajibnya menutup aurat secara sempurna dan membuka aurat itu haram tetapi dalam masa yang sama dia berasakan jika dia tidak menutup aurat tidak ada apa-apa impak pun. Padanya dia tidak memaksa orang untuk berbuat sepertinya. Selagi mana dia tidak menyuruh orang menjadi sepertinya. Pendek kata, apa yang mudah untuk dilakukan dia buat, yang susah dan sedikit sulit sehingga rimas ditinggalkan. Satu lagi contoh, orang kaya yang berfikir banyak kali untuk mengeluarkan zakat. Dia tahu zakat itu wajib tetapi memikirkan dia telah membayar sebelum ini padanya sudah cukup. Banyak lagi perkara lain yang segelintir umat Islam berasakan ia boleh dipermainkan. KISAH ABU JAHAL Ustaz Amiro berkata, kisah Abu Jahal boleh dijadikan teladan untuk lebih memahami mengenai perbincangan ini. Pada zaman Baginda SAW, antara kekuatan yang ada pada Abu Jahal adalah dia dikenali ramai, mempunyai pengaruh yang kuat dan kaya-raya. Abu Jahal sering kali mempegaruhi masyarakat Quraish dengan mengatakan mencerca dan hina Nabi SAW. Apabila Nabi SAW berdakwah mengajak umat manusia menyembah ALLAH dengan meninggalkan penyembahan patung berhala dan kemungkaran. "Abu Jahal pula sibuk mengatakan apa yang didakwah Baginda SAW tidak betul dan salah sama sekali. Abu Jahal mengatakan mana mungkin anak yatim piatu dan buta haruf mampu mengajak manusia kepada kebaikan, hanya harta dan kemewahan memberikan kebahagian atas muka bumi ini. "Individu sebeginilah merosakkan kerja dakwah Rasulullah SAW. Sikap jahil dan keengganan untuk menerima dakwah. Sesungguhnya mereka mahu kekal berada dalam zon yang selesa di dunia," kata anak kelahiran Kelantan ini lagi. Menurutnya, individu yang bersikap pura-pura jahil perlu berubah untuk mendapat keberkatan dalam hidup. Benar! ALLAH memudahkan urusan dan memberikan keringanan dalam apa jua perkara yang dilakukan tetapi perlu melihat bagaimana cara-Nya memberikan kemudahan itu. Berdoalah semoga ALLAH tidak memberikan kita istidraj. Ramai beranggapan Abu Jahal adalah bapa saudara Nabi SAW, sebaliknya kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Abu Jahal adalah individu akrab dan paling dipercayai Abu Lahab. Abu Lahab adalah bapa saudara Baginda SAW. Hayati firman ALLAH yang bermaksud: "Sungguh, engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi ALLAH memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk." (Surah Al-Qashash: 56) Adilnya ALLAH Sungguh beruntung kita yang lahir dalam Islam. Islam adalah petunjuk (hidayah) dalam mengemudi kehidupan. Namun, ramai yang tidak memahami pengertian hidayah sehingga apabila ditanya kenapa tidak melakukan apa yang ALLAH suruh? Senang jawapannya "kerana tidak mendapat petunjuk". "Adakah itu jawapan yang sesuai? ALLAH memberikan hidayah kepada setiap umatnya. Ia perlu dicari dan bukannya ditunggu. "Malangnya ada individu yang berasa bangga dengan mengungkapkan kata-kata sedemikian. Mungkin dia kurang faham mengenai pengertian hidayah. "ALLAH memberikan hidayah dan dalam masa yang sama turut memberikan taufik (pembimbing) kepada hamba-Nya. Lihat situasi ini, seseorang itu tidak memakai tudung, lalu ALLAH menghadirkan sahabat kepadanya. Sahabat itu adalah taufik untuk membimbingnya ke arah kebaikan. Jika dia masih bersikap tidak mahu menerima nasihat, maka kehidupannya tidak akan menuju jalan yang diredai ALLAH," kata Ustaz Amiro. Menurutnya, begitu juga dengan bab rukun Islam yang kedua iaitu mendirikan solat. Keberkatan hidup bergantung kepada solat. Solat perlulah ditunaikan pada awal waktu dan bukannya 'dijamak suri' (menggabungkan waktu Zuhur dan Asar). Jika mempunyai sebarang keuzuran atau urusan yang tidak mampu dielakkan dibolehkan. Benar! dalam 'jamak suri' dilihat kita menunaikan solat Asar pada awal waktu dan bersolat Zuhur pada akhir waktu, adakah itu cantik? Wahai umat Islam sekalian, tepuklah dada tanyalah iman . Kita menjadikan bersolat pada akhir waktu itu sudah menjadi satu kelaziman sedangkan ia memberi impak negatif dalam diri dan jemaah lain. LUNASKAN HUTANG Ustaz Amiro menambah, kesan apabila kita bersolat pada akhir waktu adalah kita sendiri yang menjarakkan hubungan dengan jemaah yang lain. Bahkan impak yang paling buruk adalah pandangan orang bukan Islam terhadap indahnya Islam mula terhakis sedikit demi sedikit. "Sebolehnya peliharalah solat kerana solatlah perkara utama yang dihisab pada hari pengadilan kelak. "Sifirnya mudah saja, anggap solat itu sebagai hutang dan selagi hutang tersebut tidak ditunaikan secepat mungkin, hidup tidak akan berasa tenang. "Jika kita boleh menyelesaikan hutang sesama manusia mana mungkin kita tidak mampu melunaskan hutang kepada ALLAH, sedangkan hutang itu tidak menuntut apa-apa bayaran pun," katanya yang bertugas di Kumpulan Media Karangkraf. Menurutnya lagi, usahlah berpura-pura jahil dengan hanya melakukan sesuatu yang senang dan mudah sahaja. Pastinya individu yang berbuat demikian tahu peri pentingnya ibadat yang disuruh-Nya. ALLAH itu Maha Adil kerana Dia memberikan ruang dan peluang kepada kita untuk berubah. Jangan pula, apabila nyawa sudah di hujung tanduk baru nak tengadah berbuat amal.

Thursday 19 February 2015

Surah AL-FATIHAH

1. Barang siapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwudhu sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran yang rosak 2. Barang siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT kemudian dia membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, Insyaallah Dia akan memenuhi keperluannya. 3. Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka jika ia menginginkan pangkat, terkabullah permohonannya dan kalau ia fakir maka akan jadi kaya dan inshallah jika punya hutang maka ia akan mampu untuk membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah. 4. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah SWT akan meluaskan rezekinya, menjdikan baik akhlaknya, memudahkan urusannya, menghilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, dan apa yang ia angan-angankan, ia akan mendapatkan berbagai berkah, kebaikan dan kemuliaan, menjadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia beserta anak-anaknya akan terlindung dari kemudharatan, kerusakan serta dianugerahkan kebahagiaan dsbnya. 5. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia akan memperoleh maksudnya dan menemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa : “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahasianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, baik urusan dunia maupun urusan akhirat, agar diijabah permohonanku dan ditunaikan hajatku……..amin. 6. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah SWT akan membukakan pintu rezeki baginya dan Dia akan memudahkan urusannya tanpa payah dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ya allah dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, agar Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurniaan-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkanlah setiap urusanku ya allah murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, ya allah sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikanlah apa yang kuhajati..”

PETANDA JODOH KITA

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita : 1. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 2. Senang Bersama Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. 3. Terima Kita Seadanya Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. 4. Sentiasa Jujur Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan. 5. Percaya Mempercayai Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya. 6. Senang Bekerjasama Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan? 7. Memahami Diri Kita Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. 8. Tampilkan Kelemahan Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya. 9. Kata Hati Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa. 10. Solat Istikharah dan Tawakkal Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal .

Wednesday 4 February 2015

CONSULTANT BANK MALAYSIA DEDAH RAHSIA KEKAYAAN

CONSULTANT BANK MALAYSIA DEDAH RAHSIA KEKAYAAN

Berikut dikongsikan kisah benar bagaimana seorang lelaki boleh menjadi kaya dengan hanya membuka Car Wash. Apakah rahsianya?

Kisah benar 12/8/2014

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Pekan Balakong. Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku pun bertanya,

"Kereta bos ke tu?"

Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...

"Dari mana bos?" 

Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?

Consultant jawabnya. 

Oooh...

"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia.

"Waww"!!!
Mesti best jawab hati aku.

"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.

Aku tanya dia, "Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"

Dia tersenyum dan katanya,

"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal. Saya bermula dari kecil. Mula ada RM10k, kemudian RM20k, RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan. Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.

Aku terdiam..

"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,

"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.

"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam. Minta sungguh-sungguh. Pekerja saya, bila azan bergema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'. Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap, 

"Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!"

Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada dia macam tu?,"

Dammm !!!
Tersentap aku..

Katanya lagi,

"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya, "Awak solat tak 5 waktu?"

Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,

"Awak solat tak 5 waktu? Jika tidak, awak balik saja," katanya.

Ada yang berkata, "Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid. Jika saya, bawa Kancil je." Katanya, 

"Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import.

"Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising. Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur.

Satu lagi pesan saya. "Berkawan", kita yang perlu pilih. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat.

Dunia ini pinjaman. Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.

Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.

InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.

Sampaikan...

Poultry Farmers Seek Support from Malaysians

 Poultry farmers seek support from Malaysians  https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/06/18/poultry-farmers-seek-support-from-malaysian...