Saturday 19 June 2021

Poultry Farmers Seek Support from Malaysians

 Poultry farmers seek support from Malaysians 


https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/06/18/poultry-farmers-seek-support-from-malaysians#close

POULTRY farmers are pleading with the public to consume more chicken in order to save the farming industry after sales plummeted following the announcement of the national lockdown, Sin Chew Daily reported.

According to honorary president of the Malaysian Federation of Livestock Farmers’ Associations, Kwei Yew Tong, poultry sales fell by 30% after the public was no longer allowed to dine in at restaurants.

As supply of chickens far outstripped demand, prices have fallen to just RM3.80 per kilogramme, which is RM1.80 less than the cost of production.

Kwei revealed that on average, Malaysian consumers purchase around 1.6 million chickens, or 3.52 million kilogrammes of chicken, every day.

“As we are losing RM1.80 per kilogramme, farmers across the country lose up to RM6.34 million per day. In just a month, losses would rack up to nearly RM200mil, ” he said.

Kwei pointed out that many small-time farmers will not be able to continue incurring losses and are expected to close down in August or September.






Sunday 6 December 2020

Bengkel APAC - GEG Asia- Pacific Connect

 Sertai bengkel teknologi pendidikan selama tiga hari anjuran GEG Asia- Pacific Connect yang akan berlangsung dalam pelbagai bahasa di Asia-Pacifik . Setiap perkongsian ini daripada pendidik untuk pendidik . Jangan lupa untuk semak tarikh dan waktu , anda pasti akan menikmati uniknya perkongsian ilmu kali ini. 


Playlist sesi (LIVE)

https://www.youtube.com/playlist?list=PLpnsvFUtq6sbT5TwM3WxVEuEnZyyxE_9W





COME & JOIN US!!!









Saturday 18 August 2018

Mulakan lah langkah pertama hari ini..


Kehidupan manusia dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Kejayaan mengatasi segala masalah, ujian, cabaran dan dugaan tersebut bergantung kepada semangat serta dedikasi dan keazaman yang kuat.
Kita ada guru/mentor yang membantu kita untuk berjaya dan cemerlang. Namun jika diri kita sendiri yang tidak mahu untuk mengeluarkan diri sendiri daripada lubang kegagalan, maka kita tetap tidak akan berjaya.

Kita sendiri kena keluar dari zon yang membuatkan kita rasa selesa, takut, rendah diri dan sebagainya yang impaknya adalah negatif. Tugas guru/mentor itu hanya menyuluh jalan untuk kita mampu menyusuri  jalanan tersebut.

Jadi, bersediakah anda untuk dibantu? Bersediakah anda untuk 'keluar' dari kepompong?
Jika kita bersedia... mulakan lah langkah pertama hari ini...

Wednesday 25 July 2018

PUNCTUATION


QUOTES OF THE DAY - 25th July 2018


A great future doesn't require a great past. The rest of your story is still unwritten.

"You only live once, but if you do it right, once is enough."

“Experience tells you what to do; confidence allows you to do it.”

"Limitations live only in our minds. But if we use our imaginations, our possibilities become limitless."

Tuesday 16 January 2018

SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI?

Renungan bersama Ketika orang China hendak hidup dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi, namun hakikatnya dalam seratus tahun pertama sahaja mereka diserang sebanyak tiga kali, setiap kali musuh mereka hendak serang mereka tak perlu robohkan atau panjat tembok besar. Mereka hanya perlu rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu. Masyarakat China ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka. Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan inilah yang kita perlukan untuk anak-anak dan pelajar-pelajar kita pada hari ini. Seorang orientalis berkata : kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada 3 cara ; 1. Runtuhkan ikatan kekeluargaan. 2. Runtuhkan sistem pendidikan. 3. Jatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa. Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga. Biarkan para wanita rasa diri mereka tak sempurna bila mereka digelar suri rumah. Untuk meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU. Jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka di kalangan para pelajar. Untuk menjatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ulama, sehingga masyarakat sekeliling tidak menghormati mereka. MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA TIDAK MENJADI SUMBER RUJUKAN DAN IDOLA MASYARAKAT, MAKA SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI? ~Buat renungan bersama ~

Monday 2 October 2017

PIBG PEMANGKIN KEJAYAAN

http://www.sinarharian.com.my/mobile/gps-bestari/pibg-pemangkin-kejayaan-sekolah-1.678906

Sunday 4 December 2016

Today Quote

I pledge to carry out my duties to the best of my ability with honesty and full integrity.

The key lesson learnt for the young people is to focus on the task at hand, do your job well and your reputation will  precede you. Even your competitor will acknowledge your achievements.

Monday 14 November 2016

Berat bahu memikul.....

Terbaca admin hari ini sebuah cita luahan yang berlaku oleh seorang netizen di mana sebuah kejadian yang berlaku di sebuah restoran cukup membuatkan hati sebak.

Mana tidaknya seorang ayah yang bersama anaknya yang makan di sebuah restoran hanya memakan nasi bersama kuah sedangkan anaknya kelihatan hendakkan lauk sotong, mungkin kerana tidak mampu untuk membayar harga lauk, dia dan anak hanya memakan nasi berlaukkan kuah.

Jom kita baca.

, nak share satu cerita ... berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, berat lagi bahu memikul

Ni citer beberapa hari lepas berhenti seketika untuk makan, saya singgah di sebuah warung makan sebab anak saya ni dah menjerit2 dahaga nak minum air.

Masa duduk dalam warung tu saya perasan ada seorang lelaki tua dengan sorang budak lelaki sebaya umur anak saya mungkin dalam 4 tahun gitu.

Lelaki tu nampak selekeh sangat , kaki tangan hitam berminyak , baju seluar kasut lusuh mungkin orang susah so nampak uzur je. Budak lelaki tu pun kurus sangat, nampak terketar2 mungkin lapar sangat agaknya.

Saya perhati je dua beranak tu, si ayah pegang pinggan berisi nasi putih bersama anak kehulu kehilir depan lauk2 atas tray makanan. Dua beranak tu memang menarik perhatian semua orang dalam kedai tu, tak kurang juga ada yang pandang sinis seolah2 geli tengok mereka yang kotor. Astaghfirullah.

Hati ni dah rasa semacam, air saya dah lama habis tapi masih melekat bontot saya nak duduk kat situ, leka saya duk perhatikan si ayah lama berdiri depan lauk tapi tak jugak ambil2 lauknya. Anak pula duk tunjuk2 lauk sotong. Mungkin nak makan sotong agaknya.

Last2 si ayah ni ambik kuah je. Nasi putih dengan kuah kosong, jangankan lauk sotong, satu ketul lauk dia tak ambil pun, takde lauk langsung. Anak ni diam je tak cakap apapun bila ayah dia suruh duduk makan nasi kosong dengan kuah semata2.

Masa tu Allah je tahu camana perasaan saya bila tengok dua beranak tu makan nasi putih sepinggan dengan kuah kosong. Air memang takde. Lagi sedih si ayah ni tak jamah pun, duduk sebelah je tengok si anak ni makan. Ayahnya cuma kutip nasi yang tumpah tepi pinggan anak je suap ke mulut sendiri. Sayu hati tengok.

Ya Allah..

Time tu jugak mengalir air mata saya, sebaknya tak payah cakap la. Susahnya hidup mereka. Kita rasa hidup kita dah susah, rupanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sedih tengok dua beranak tu, saya pun ke kaunter minta pembantu kedai letakkan nasi sepinggan dengan lauk2 sekali. Adalah sikit sotong, ikan bakar , sayur, telur mata dengan lauk lain. Kemudian saya minta pembantu kedai tu hantar nasi tu ke meja 2 beranak tadi.

Mulanya lelaki tu nampak terkejut, saya dengar dia kata tak nak sebab takde duit nak bayar , tapi pembantu kedai tu kata, ambil laa ada orang belanja. Si anak ni panjang leher2 duk tengokk je nasi penuh lauk, tapi sikit pun tak merengek kat ayah mintak nak makan. Last2 ayah tu amik jugak nasi tu.

Saya dah berjalan menuju ke kereta, dalam kereta saya perhati lagi 2 beranak tu dari jauh. Terkejut saya, bila tengok lelaki tu menangis. Kepala dia tunduk je ke meja. Tangan duk kesat2 air mata, sesekali dia gosok cium kepala anak yang tengah makan nasi tadi.

Ya Allah lagi la sebak dada tengok lelaki tu menangis sambil peluk anak dia. Bagi saya air mata lelaki kalau gugur membasahi pipi adalah air mata yang sangat2 jujur.

Bayangkan..

Sampai anak saya tanya, abah kenapa abah nangis, zara tak naughty lagi, soryy abah..
Saya terus peluk kedua2 anak saya sambil menangis.

Sedih,

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sebab bukan semua orang dapat rasa nikmat kesenangan. Kita susah, ingat.. ada lagi insan lain yang jauh lebih susah dari kita. Semoga Allah memelihara kedua beranak itu....

Poultry Farmers Seek Support from Malaysians

 Poultry farmers seek support from Malaysians  https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/06/18/poultry-farmers-seek-support-from-malaysian...