Tuesday, 6 December 2016
Sunday, 4 December 2016
Today Quote
I pledge to carry out my duties to the best of my ability with honesty and full integrity.
The key lesson learnt for the young people is to focus on the task at hand, do your job well and your reputation will precede you. Even your competitor will acknowledge your achievements.
Monday, 14 November 2016
Berat bahu memikul.....
Terbaca admin hari ini sebuah cita luahan yang berlaku oleh seorang netizen di mana sebuah kejadian yang berlaku di sebuah restoran cukup membuatkan hati sebak.
Mana tidaknya seorang ayah yang bersama anaknya yang makan di sebuah restoran hanya memakan nasi bersama kuah sedangkan anaknya kelihatan hendakkan lauk sotong, mungkin kerana tidak mampu untuk membayar harga lauk, dia dan anak hanya memakan nasi berlaukkan kuah.
Jom kita baca.
, nak share satu cerita ... berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, berat lagi bahu memikul
Ni citer beberapa hari lepas berhenti seketika untuk makan, saya singgah di sebuah warung makan sebab anak saya ni dah menjerit2 dahaga nak minum air.
Masa duduk dalam warung tu saya perasan ada seorang lelaki tua dengan sorang budak lelaki sebaya umur anak saya mungkin dalam 4 tahun gitu.
Lelaki tu nampak selekeh sangat , kaki tangan hitam berminyak , baju seluar kasut lusuh mungkin orang susah so nampak uzur je. Budak lelaki tu pun kurus sangat, nampak terketar2 mungkin lapar sangat agaknya.
Saya perhati je dua beranak tu, si ayah pegang pinggan berisi nasi putih bersama anak kehulu kehilir depan lauk2 atas tray makanan. Dua beranak tu memang menarik perhatian semua orang dalam kedai tu, tak kurang juga ada yang pandang sinis seolah2 geli tengok mereka yang kotor. Astaghfirullah.
Hati ni dah rasa semacam, air saya dah lama habis tapi masih melekat bontot saya nak duduk kat situ, leka saya duk perhatikan si ayah lama berdiri depan lauk tapi tak jugak ambil2 lauknya. Anak pula duk tunjuk2 lauk sotong. Mungkin nak makan sotong agaknya.
Last2 si ayah ni ambik kuah je. Nasi putih dengan kuah kosong, jangankan lauk sotong, satu ketul lauk dia tak ambil pun, takde lauk langsung. Anak ni diam je tak cakap apapun bila ayah dia suruh duduk makan nasi kosong dengan kuah semata2.
Masa tu Allah je tahu camana perasaan saya bila tengok dua beranak tu makan nasi putih sepinggan dengan kuah kosong. Air memang takde. Lagi sedih si ayah ni tak jamah pun, duduk sebelah je tengok si anak ni makan. Ayahnya cuma kutip nasi yang tumpah tepi pinggan anak je suap ke mulut sendiri. Sayu hati tengok.
Ya Allah..
Time tu jugak mengalir air mata saya, sebaknya tak payah cakap la. Susahnya hidup mereka. Kita rasa hidup kita dah susah, rupanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita.
Sedih tengok dua beranak tu, saya pun ke kaunter minta pembantu kedai letakkan nasi sepinggan dengan lauk2 sekali. Adalah sikit sotong, ikan bakar , sayur, telur mata dengan lauk lain. Kemudian saya minta pembantu kedai tu hantar nasi tu ke meja 2 beranak tadi.
Mulanya lelaki tu nampak terkejut, saya dengar dia kata tak nak sebab takde duit nak bayar , tapi pembantu kedai tu kata, ambil laa ada orang belanja. Si anak ni panjang leher2 duk tengokk je nasi penuh lauk, tapi sikit pun tak merengek kat ayah mintak nak makan. Last2 ayah tu amik jugak nasi tu.
Saya dah berjalan menuju ke kereta, dalam kereta saya perhati lagi 2 beranak tu dari jauh. Terkejut saya, bila tengok lelaki tu menangis. Kepala dia tunduk je ke meja. Tangan duk kesat2 air mata, sesekali dia gosok cium kepala anak yang tengah makan nasi tadi.
Ya Allah lagi la sebak dada tengok lelaki tu menangis sambil peluk anak dia. Bagi saya air mata lelaki kalau gugur membasahi pipi adalah air mata yang sangat2 jujur.
Bayangkan..
Sampai anak saya tanya, abah kenapa abah nangis, zara tak naughty lagi, soryy abah..
Saya terus peluk kedua2 anak saya sambil menangis.
Sedih,
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sebab bukan semua orang dapat rasa nikmat kesenangan. Kita susah, ingat.. ada lagi insan lain yang jauh lebih susah dari kita. Semoga Allah memelihara kedua beranak itu....
Thursday, 11 August 2016
Tuesday, 26 April 2016
3 RAHSIA YANG DITUTUP RAPAT OLEH ALLAH
3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat oleh Allah swt adalah:
1. Jodoh
Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan hilang arah. Kenapa? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyakan berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiasi perkahwinan itu dengan kasih sayang.
2. Rezeki
Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok sudah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa sahaja . Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan, keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab itu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.
3. Ajal maut.
Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar.
Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.
Santapan rohani hari ini..
Bengkel APAC - GEG Asia- Pacific Connect
Sertai bengkel teknologi pendidikan selama tiga hari anjuran GEG Asia- Pacific Connect yang akan berlangsung dalam pelbagai bahasa di Asia-...
-
Haron Satay – Best Halal Satay @ East Coast Lagoon Food Village While I can be definite that Malaysia has better Prawn Noodle and it’s a dr...