Kehidupan manusia dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Kejayaan mengatasi segala masalah, ujian, cabaran dan dugaan tersebut bergantung kepada semangat serta dedikasi dan keazaman yang kuat.
Kita ada guru/mentor yang membantu kita untuk berjaya dan cemerlang. Namun jika diri kita sendiri yang tidak mahu untuk mengeluarkan diri sendiri daripada lubang kegagalan, maka kita tetap tidak akan berjaya.
Kita sendiri kena keluar dari zon yang membuatkan kita rasa selesa, takut, rendah diri dan sebagainya yang impaknya adalah negatif. Tugas guru/mentor itu hanya menyuluh jalan untuk kita mampu menyusuri jalanan tersebut.
Jadi, bersediakah anda untuk dibantu? Bersediakah anda untuk 'keluar' dari kepompong?
Jika kita bersedia... mulakan lah langkah pertama hari ini...