Saturday 18 December 2010

Garmin vs Papago

Garmin vs Wayway Papago!



DSCN1822
Sejak menggunakan GPS navigator ni, memang memudahkan aku untuk ke sesuatu tempat itu. Lagi-lagi musim perkahwinan ni, aku just set dalam garmin dan terus pergi ke tempat yang dituju dengan mudah, tak perlu lagi utk lihat2 peta dalam Google Earth atau Google Maps. Baru-baru ini wife aku pergi ke suatu tempat dan apabila dalam perjalanan pulang dia tersesat dan mengambil masa yang lama utk sampai ke rumah walhal kami dah berjanji untuk pergi ke suatu tempat selepas itu. Jadinya aku pon membeli satu GPS yang menggunakan software Papago! yang berjenama daripada taiwan iaitu Wayway. Dengan harga istimewa akhir tahun rm499 ia dilengkapi dengan map 3D, Lane Assist dan Junction View…. wow…
Jadi kali ini aku ingin buat review dan comparison antara brand terkenal Garmin dan brand taiwan Wayway ni.
Dari segi harga Garmin nuvi 255w yang aku beli berharga rm750 yang aku rembat dekat PCFair haritu dan Wayway Q4331 aku beli dekat M3Shoppe.com dengan harga istimewa rm499 sebab dorang distributor. Jadinya betul ke harga yang lebih mahal lebih berbaloi daripada harga yang murah?
Garmin nuvi 255w.
Garmin nuvi 255w mempunyai screen yang tajam dan jelas dengan saiz 4.3 inci amat memudahkan anda menggunakannya dan mempunyai sistem “touch screen” yang amat sensitif dan cepat. Dari segi design dan rekabentuk nampak kemas dan professional. Suction Duct untuk diletakkan pada cermin juga kemas dan tidak terlalu besar. Disebabkan Garmin nuvi tidak menggunakan Windows CE seperti kebanyakkan GPS daripada China dan Taiwan, sistem booting Garmin amat cepat dan menu-menu didalam software Garmin itu sendiri amat “user-friendly” dan amat mudah difahami walaupun baru kali pertama menggunakannya. Contohnya function Detour yang mencari jalan alternative amat memudahkan dan useful dalam keadaan laluan trafik yang sesak. POI yang banyak dan sistem gelintar yang cepat dan mudah. Vehicle dan juga Voice juga boleh dicustomized dengan mudah hanya muat turun daripada laman web Garmin. Terdapat banyak kenderaan yang boleh dipilih dan terlalu banyak sebenarnya. Satellite Locking juga amat pantas dalam beberapa saat sahaja, oleh sebab itu dalam keadaan jalan melalui terowong kita tidak perlu risau dan rerouting calculation juga cepat dalam keadaan kita terlepas jalan yang sepatutnya.
Banyak bahasa yang boleh dimuat turun.
Sistem audio yang agak kuat dan bahasa yang disediakan adalah banyak iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Cina, Thailand, Jepun dan banyak lagi. Malah kita boleh download bahasa-bahasa yang lain dan masukkan ke dalam Garmin. Namun begitu aku buang sahaja bahasa-bahasa yang aku x fahami. Garmin nuvi 255w juga mempunyai sistem auido Text-to-Speech (TTS) yang akan menyebut nama jalan semasa navigasi di jalan raya. Agak menarik apabila memandu dan sistem audionya turut menyebut nama jalan. Namun begitu aku lebih suka menggunakan sistem audio yang biasa kerana arahan navigasinya lebih jelas berbanding TTS kerana ia banyak menggunakan masa menyebut nama jalan berbanding memberi arahan navigasi yang tepat. Dengan memuat turun Custom POI daripada MalfreeMaps, Garmin akan mampu memberi amaran Camera Traps, Plaza tol, Traffic Light Camera dan bermacam lagi dalam bentuk suara yang amat berguna sekali. Dari segi customization pon Garmin ok, kita boleh pilih mana-mana gambar dan masukkan ke dalam garmin dan jadikan ianya sebagai Splash Screen yang akan dipaparkan semasa menghidupkan Garmin. Seperti gambar yang diletakkan aku letakkan splash screen proton HeHe.
Dari segi maps nya pula pada asalnya Garmin telah siap dilengkapi dengan MalsingMaps dan TeleAtlas dan kita boleh tambah map daripada MalfreeMaps. Jadi kita boleh dapatkan update daripada MalsingMaps, MalfreeMaps dan TeleAtlas.  Map daripada MalsingMaps dan TeleAtlas boleh didapati terus daripada website Garmin. Garmin telah preloaded dan mempunyai lesen ke atas map daripada komuniti MalsingMaps. Namun begitu map daripada MalsingMaps dan TeleAtlas tidak kerap dikemaskini berbanding komuniti MalfreeMaps yang boleh didapati seminggu sekali setiap Isnin. Maps daripada MalfreeMaps juga lebih details dan dilengkapi sistem logo POI seperti Petronas dan sebagainya yang MalsingMaps hanya memaparkan logo Pump Minyak. Tetapi sedihnya map yang didapati daripada MalfreeMaps ini tidak dilengkapi dengan Lane Assist dan Junction View kerana tidak mempunyai hak daripada Garmin. Kadang-kadang boleh terlepas selekoh tanpa Junction View ini. Jika menggunakan map daripada MalsingMaps dan TeleAtlas aku dapati Junction View yang disediakan adalah terhad di bandar-bandar besar sahaja.
Setelah hampir sebulan menggunakan Garmin ini, kadang-kadang boleh terkeliru apabila menghadapi keadaan jalan yang bertingkat-tingkat kerana map yang digunakan dalam Garmin adalah bentuk 2D yang memaparkan jalan secara bertindih dan bukan dalam bentuk 3D. Namun begitu terdapat model Garmin yang dilengkapi dengan map 3D iaitu model nuvi 765 yang lebih mahal harganya tetapi hanya terhad kepada bangunan 3D bukannya jalan bentuk 3D.
Wayway Q4331
Dengan harga yang murah iaitu RM499, GPS daripada Taiwan ini walaupun brand dia tidaksefemes Garmin tetapi dilengkapi dengan fungsi yang menarik. Oleh kerana ia menggunakan Windows CE sebagai OS ia mampu memainkan mp3, video dan apps lain seperti games di dalamnya. Namun begitu untuk masuk ke dalam main system mengambil masa yang agak lama (booting kepada Windows CE). Bukan itu sahaja untuk run Papago! X3 Navigator software mengambil masa dalam beberapa saat selepas kita menekan ikon pada menu utama.
Antaramuka Papago! X3 adalah menarik ala2 Vista, tetapi menu-menu yang digunakan agak mengelirukan untuk buat kali pertama menggunakannya. Untuk memahami bagaimana untuk mencari jalan, membuat simulasi dan sebagainya perlu sedikit masa dan percubaan sebelum betul-betul faham.
Dari segi rekabentuk dan design ianya lebih slim dari Papago! walaupun nampak kurang professional namun lebih stylish dengan permukaan lebih grip yang disaluti dengan getah lembut.
Wayway Q4331 didatangkan dengan 2 maps iaitu Indonesia dan Malaysia. Map Malaysia diambil daripada MalfreeMaps. Oleh kerana MalfreeMaps telah diberi hak daripada Papago! maka map malfreemaps untuk papago! dilengkapi dengan Junction View dan Lane Assist yang banyak!… boleh dikatakan setiap selekoh akan dipaparkan dengan Junction View. Berbanding dengan Garmin Junction View hanya banyak didalam area Klang Valley dan bandar-bandar besar sahaja. Bukan itu sahaja, map didalam Papago adalah dalam bentuk 3D, iaitu terdapat landmark bangunan dalam bentuk 3D dan jalan pon dalam bentuk 3D yang memudahkan perjalanan dan mengurangkan kekeliruan jika melalui elevated intersections.

Jika menggunakan Garmin, kita terhad menambahkan map selain map asal dan perlu mengikut format file yang sepatutnya. Kita hanya boleh menambah 2 GMAPSUPP.img file iaitu pada device Garmin dan satu lagi pada SD Card. Papago boleh menerima banyak map dan kita hanya menambah folder pada folder Map dan masukkan map yang kita dapati daripada internet.
Sistem suara juga adalah jelas. Jika dibandingkan dengan suara Bahasa Melayu dalam Garmin, suara Bahasa Melayu dalam Papago X3 adalah amat baik sekali. Sungguh professional, jelas dan mudah difahami. Dalam Garmin, suaranya amat kelakar sekali dan tidak professional, macam tangkap muat org dalam office mereka sahaja.  Namun begitu suara Bahasa Inggeris dalam Papago adalah hampa sekali, sukar difahami dan rakaman bukanlah daripada bangsa Amerika ataupun British…tapi macam daripada Taiwan sahaja.
Kesimpulan Garmin vs Papago!
  • Garmin interface simple, user friendly dan tersusun manakala Papago interface cantik tetapi kurang user friendly..
  • Garmin kita boleh customize sound dan vehicle tetapi Papago tidak boleh.
  • Map pada Papago lebih detail dan cantik, banyak Junction View dan Lane Assist daripada Garmin.
  • Skrin Garmin lebih sensitif dan cepat daripada Wayway.
  • Garmin cepat booting berbanding dengan Wayway. Perisian Papago didalam Wayway lambat locking satelit dan rerouting mengambil masa yang lama berbanding Garmin.
  • Garmin brand terkenal dan ada warranty support yang proven dan dikatakan lebih tahan lama. Wayway brand Taiwan tidak pasti bagaimana warranty support yang akan diberikan.
  • Dengan harga rm499 Wayway GPS adalah mampu dimilikki dan mempunyai ciri-ciri yang menarik dan memudahkan perjalanan manakala Garmin pada harga rm750 mempunyai ciri-ciri professional, skrin yang sensitif tetapi map pada Garmin kadangkala mengelirukan kerana tidak didalam bentuk 3D dan Junction View dan Lane Assist yang kurang..
Manasatu pilihan anda?…Anda yang menentukan ;)

1 comment:

Unknown said...

very good comparision...
i'm going to buy papago tomorrow.

have used garmin before,but the main problem is with elevated interception..as your said..

TQVM

Poultry Farmers Seek Support from Malaysians

 Poultry farmers seek support from Malaysians  https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/06/18/poultry-farmers-seek-support-from-malaysian...