Tuesday 18 August 2015

BERJIMAT SEBELUM TERLAMBAT..


RAZAK (bukan nama sebenar) akan bersara pada tahun hadapan. Dia risau dengan jumlah hutang tertunggak dengan bank beberapa tahun ini.

Razak yang bekerja sebagai guru besar di salah sebuah sekolah di Pahang sejak lebih 20 tahun dahulu Razak juga menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia asyik menggunakan kad kreditnya untuk membiayai perubatannya dan menampung pembelajaran dua anaknya di institusi pengajian tinggi.

Dia juga menanggung dua cucunya yang masih kecil kerana seorang lagi anaknya baru sahaja bercerai dan tidak bekerja. Isterinya pula suri rumah sepenuh masa.

Razak sudah tidak membayar hutang kad kreditnya selama hampir dua tahun. Dia mempunyai dua kad kredit yang masing-masing mempunyai jumlah tertunggak sebanyak RM20,000 dan RM 29,000.

Lebih memeritkan lagi, Razak juga terpaksa membayar RM500 setiap bulan akibat menjadi penjamin kepada rakannya yang pernah membuat pinjaman dan diisytiharkan muflis.

Dengan pendapatan bulanan sebanyak RM8,000 sebulan, jumlah pencen yang bakal diterima dianggarkan sekitar RM 4,000 sebulan dan jumlah itu sudah tentu tidak mencukupi untuk membayar hutang kad kreditnya memandangkan taraf kesihatannya juga semakin merosot.

Dia juga mengakui tidak mempunyai simpanan kerana kesemua simpanannya digunakan untuk membayar yuran pengajian anak-anaknya di universiti.

Pada satu hari, ketika Razak menghadiri taklimat anjuran majikannya, pihak penganjur menjemput penceramah daripada AKPK untuk memberi penerangan mengenai pengurusan kewangan peribadi.

Melalui taklimat inilah Razak mula mengetahui mengenai AKPK dan berhajat untuk ke pejabat AKPK bagi mendapatkan bantuan.

Kaunselor AKPK membantunya dengan membuat pelan pembayaran untuk kad kreditnya dengan jumlah yang dipersetujui pihak bank dan mampu dibayar.

Sebagai tambahan, kaunselor AKPK mencadangkannya supaya menasihati anaknya supaya mencari pekerjaan agar dapat membantu.

Dengan keadaan sedikit lega, Razak dapat menghembus nafas lega. Cuma apa yang dikesalkannya adalah mungkin tidak dapat menikmati kehidupan persaraan dengan selesa akibat daripada kesilapan yang dilakukan ini....

No comments:

Poultry Farmers Seek Support from Malaysians

 Poultry farmers seek support from Malaysians  https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/06/18/poultry-farmers-seek-support-from-malaysian...